Anugerah Pekerja Berdedikasi Suntik Kesungguhan Bekerja

ALOR SETAR, 27 Februari 2013 - Seramai 4 orang kakitangan JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang telah dianugerahkan Pekerja Berdedikasi Jabatan bagi tahun 2012. Mereka ialah En. Muhammad Mustadza Mazni, En. Zulkifli Jaafar, En. Abu Bakar Siddik Abidah dan En. Nopazli Ramzi.

Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Tuan Haji Zainol bin Husin, Pengarah JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang dalam Majlis Perhimpunan Bulanan peringkat jabatan.

Pemberian anugerah ini adalah berdasarkan komitmen, kesungguhan dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan oleh kakitangan jabatan sepanjang tahun 2012 yang lalu.

Anugerah Pekerja Berdedikasi akan diteruskan bagi tahun 2013. Apa yang menarik ialah, calon-calon penerima anugerah akan dicalonkan sendiri oleh semua kakitangan dan dikendalikan oleh unit Pentadbiran jabatan.

Semoga anugerah yang diberikan ini menjadi pencetus semangat baru buat kepada semua kakitangan JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang untuk berkhidmat dengan lebih bersungguh-sungguh serta sumbangan kepada jabatan.