DELEGASI JMGKPP BERKUNJUNG KE LHOIST INDUSTRIES

DELEGASI JMGKPP BERKUNJUNG KE LHOIST INDUSTRIES

Delegasi JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang berpeluang mengadakan sesi lawatan dan perbincangan bersama pengurusan LHOIST Industries di Temoh, Tapah Perak pada 20 Disember 2018.

Delegasi yang diketuai Pengarah JMGKPP, Tuan Haji Azhari bin Ahmad itu disambut sendiri oleh Pengurus Besar LHOIST Industries Malaysia.

WhatsApp Image 2018 12 20 at 12.04.06 PM

Turut sama dalam delegasi itu ialah Timbalan Pengarah (Sumber Mineral), Tn. Hj. Hamdan bin Ariffin, Timbalan pengarah (Lombong & Kuari), Ir. Tony Chew serta Penolong Pengarah (Sumber Mineral), En. Fakhruddin Afif bin Fauzi dan En. Amer Ekram bin Azmi serta pegawai dari JMG Perak.

WhatsApp Image 2018 12 20 at 12.04.06 PM

Dalam sesi lawatan itu, pihak pengurusan telah menerangkan latar belakang syarikat dan sejarah pengoperasian kuari LHOIST di Malaysia. Kuari di sini merupakan kuari batu kapur subpermukaan yang dijalankan di kawasan bekas lombong bijih timah yang ditinggalkan.