Dialog Jerai Geopark kongsi manfaat kepada komuniti

Dialog Jerai Geopark kongsi manfaat kepada komuniti

ALOR SETAR, 2 Mac 2018 - Program Dialog Jerai Geopark telah diadakan dengan jayanya bersempena Ekspo Muafakat Kedah 2018, baru-baru ini.

Program yang dirancang khas oleh Kerajaan Negeri Kedah itu menampilkan barisan panelis antaranya Yang Berhormat Dato' Wira Dr. Ku Abdul Rahman bin Ku Ismail, EXCO Pelaburan merangkap ADUN Gur Cempedak; Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim bin Komoo, Penyelaras Jawatankuasa Geopark Kebangsaan dan Tuan Haji Hamdan bin Ariffin, Ketua Pegawai Geosains di JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang.

Dialog tersebut dimudahcara oleh Tuan Rusli bin Tuan Mohamad, Timbalan Pengarah JMG Selangor  / Wilayah Persekutuan.

WhatsApp Image 2018-03-02 at 4.55.23 PM

Dalam dialog tersebut, Dato' Wira Dr. Ku Rahman mengatakan Geopark Jerai ialah satu manfaat yang besar yang memang perlu diwujudkan kerana ia bukan sahaja melestarikan pelancongan berkonsepkan alam semula jadi, tetapi menjadi penggerak baru dalam memangkin ekonomi penduduk setempat.

Beliau yang juga merupakan anak jadi Yan (pekan di kaki Gunung Jerai) menggesa usaha promosi perlu digiatkan bagi menarik lebih ramai pelancong luar khasnya pelancong asing untuk datang melawat Jerai.

WhatsApp Image 2018-03-02 at 6.12.12 PM

Dr. Ibrahim Komoo dalam sesi dialog menegaskan bahawa konsep geopark bukan berasaskan batu, tetap melingkungi apa yang ada di atas permukaan bumi termasuklah alam flora dan fauna, manusia dan peradaban serta budaya, sesuai dengan maksud 'geo' iaitu bumi.