JMG KPP beri taklimat Geopark Jerai Kepada Agensi Teknikal Negeri

JMG KPP beri taklimat Geopark Jerai Kepada Agensi Teknikal Negeri

YAN, 22 November 2017 - JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang berbesar hati menerima jemputan Pejabat Daerah Dan Tanah Yan bagi memberi taklimat berkenaan Geopark Jerai.

JMG diwakili oleh Puan Nur Susila Md. Saaid, Pegawai Geosains Kanan merangkap Ketua Projek Warisan Geologi Negara bagi Geopark Jerai.

Geopark Jerai merupakan salah satu geopark yang menjadi hasrat Menteri NRE untuk direalisasikan sebagai geopark kebangsaan melalui usahasama JMG Malaysia dengan agensi teknikal dan kerajaan negeri Kedah.

Lebih 40 orang ahli majlis daerah dan wakil-wakil agensi teknikal negeri dan daerah hadir dalam sesi taklimat itu.