JMG KPP BUAT KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT SUK KEDAH

JMG KPP BUAT KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT SUK KEDAH

ALOR SETAR, 28 November 2017 - Pengarah JMG kedah / Perlis / Pulau Pinang, Tuan Haji Azhari bin Ahmad telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah di Wisma Darulaman di sini.

Kunjungan beliau bersama-sama pegawai-pegawai kanan JMG KPP disambut mesra oleh Dato' Paduka Haji Bakar bin Din, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Dalam kunjungan itu, Tuan Haji Azhari mengambil peluang berbincang kerjasama baharu yang boleh dilaksanakan dalam aspek pembangunan mineral dan geosains dengan pihak kerajaan negeri.

Pada masa ini, JMG KPP dan kerajaan negeri telah berkerja secara erat dalam usaha menjadikan Geopark Jerai satu realiti dan diiktiraf sebagai geopark kebangsaan.