JMG KPP dedah keunikan Geopark Jerai kepada pelajar-pelajar UiTM Pulau Pinang

JMG KPP dedah keunikan Geopark Jerai kepada pelajar-pelajar UiTM Pulau Pinang

YAN, 23 November 2017 - JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang telah menerima kunjungan sekumpulan pelajar jurusan kejuruteraan awam dari UiTM Kampus Pulau Pinang, baru-baru ini.

Kehadiran mereka adalah untuk mengenali dan memahami jenis-jenis batuan yang terdapat dalam Geopark Jerai.

WhatsApp Image 2017-11-26 at 8.12.18 PM

Kehadiran mereka disambut meriah oleh staf JMG KPP yang diketuai Puan Nur Susila Md. Saaid, Pegawai Geosains Kanan merangkap Pegawai Projek Geowarisan Negara bagi Geopark Jerai.