JMG KPP teruja pelancongan geowarisan Kedah semakin mendapat tempat

JMG KPP teruja pelancongan geowarisan Kedah semakin mendapat tempat

ALOR SETAR, 4 Mac 2018 - JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang amat teruja dan terharu apabila lokasi-lokasi pelancongan berasaskan warisan geologi semakin mendapat tempat di negeri Kedah.

Ini dibuktikan melalui pameran-pameran pelancongan setempat di setiap daerah yang diketengahkan dalam Ekspo Muafakat Kedah baru-baru ini banyak memaparkan destinasi pelancongan geowarisan.

Antaranya ialah tapak geowarisan batu kapur Gunung Baling dan Air Panas Ulu Legong di daerah Baling, batu kapur Gunung Keriang di daerah Kota Setar, tapak geowarisan rijang Bukit Larek di daerah Pokok Sena, tapak geowarisan Debu Gunung Berapi Padang Sanai di daerah Padang Terap, tapak geowarisan Gua Kerbau di Kubang Pasu, serta Gua Labua dan Sira Panas Ulu Muda di Sik selain Geopark Langkawi di daerah Langkawi dan Geopark Jerai di daerah Kuala Muda dan Yan.

WhatsApp Image 2018-02-28 at 12.05.09 PM

Inisiatif untuk mengetengahkan konsep pelancongan berasaskan geowarisan ini dicetuskan oleh JMG KPP dan mendapat kerjasama padu oleh BPEN Kedah dan pihak berkuasa tempatan.

WhatsApp Image 2018-02-26 at 4.59.42 PM

JMG KPP sentiasa komited dalam menyampaikan segala ilmu berkaitan geologi dan geosains demi manfaat bersama.

WhatsApp Image 2018-02-23 at 8.56.22 PM