JMG KPP Tinjau Tanah Runtuh Di Taman Rimba Bukit Mertajam

JMG KPP Tinjau Tanah Runtuh Di Taman Rimba Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM, 24 November 2017 - JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang melalui Unit Geologi Kejuruteraan turun padang bersama Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pianang dan agensi-agensi teknikal lain bagi meninjau keadaan tanah runtuh yang dilaporkan berlaku di sepanjang jalan tar Taman Rimba Bukit Mertajam.

Kejadian tanah runtuh itu berlaku akibat jumlah hujan luar biasa pada 4 hingga 6 November 2017 yang lalu sehingga memaksa taman rekreasi itu terpaksa ditutup kepada orang ramai.

Berikutan kejadian hujan lebat luar biasa itu, terdapat 53 insiden tanah runtuh, batu gelongsor, pokok tumbang dan dahan patah di sepanjang laluan jip serta kawasan di kemuncak.