JABATAN ANJUR LAWATAN KE KILANG AIR MINERAL SERTA PROJEK KOPI DAN HERBA

Sik, 13 Januari 2013 – Unit Geosains JMG KPP telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke kilang pemprosesan air mineral keluaran KEDA Agrobiz Sdn Bhd di Kampung Charuk Tualang,Sik.

Lawatan tersebut disertai oleh Tuan Pengarah, Tn. Hj. Zainol bin Husin, Timbalan Pengarah Geosains, En. Badrol bin Mohamad dan beberapa orang kakitangan jabatan.

Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk memberi peluang kepada kakitangan jabatan khususnya yang bukan teknikal untuk melihat dengan lebih dekat lagi operasi pengeluaran air mineral semula jadi.

Dalam lawatan itu juga, turut diadakan sesi taklimat pengenalan produk-produk serta tanaman yang diusahakan oleh KEDA Agrobiz. Antara produk yang diusahakan ialah kopi, lada hitam dan madu kelulut yang dikomersilkan untuk pasaran tempatan dan luar negara.

Lawatan sebegini akan diteruskan lagi bagi memberi pendedahan secara lebih dekat berkaitan aktiviti teknikal kepada kakitangan jabatan.

 

Disediakan oleh : En. Mohamad Faiz Abu Seman