JMGKPP Sumbang Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan

combined05

KOTA BHARU, 16 Januari 2014 - JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang telah menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Kelantan baru-baru ini, khususnya daripada kalangan kakitangan JMG Kelantan.

Sumbangan berupa keperluan makanan asas, keperluan membersih dan sedikit wang tunai telah disampaikan oleh En. Fakhruddin Afif bin Fauzi, Pegawai Geosains merangkap wakil JMGKPP kepada En. Mohamed Hizam Bin Abdul Kadir, Timbalan Pengarah (Lombong & Kuari) mewakili JMG Kelantan.

combined01

Seramai 14 orang kakitangan JMG Kelantan telah terjejas akibat banjir di negeri Kelantan, termasuk 2 orang kakitangan yang ditaksirkan mengalami kemusnahan amat teruk.

combined02

Pasukan JMGKPP mengambil peluang melihat sendiri kesan banjir yang telah memusnahkan seluruh isi kediaman Pn Haliza bt Yusoff, Penolong Juruukur dan En. Nik Mohd Zulkefley, Pembantu Operasi yang terletak di Kampung Sireh, Wakaf Che Yeh.

combined03

Pasukan JMGKPP turut mengambil kesempatan menyerahkan sumbangan yang telah dikumpul kepada lebih 20 keluarga terjejas banjir di Dabong, Kelantan.

combined04