JMGKPP Terima Kunjungan Exco Negeri Kedah

lawatan yb badrolhisham

ALOR SETAR, 21 April 2014 - JMGKPP hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah, Yang Berhormat Encik Badrol Hisham bin Hashim AMK., BKM., PJK.

Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga hadir bersama-sama ahli rombongan dari pejabat Exco untuk mendengar taklimat berkaitan potensi sumber air tanah.

Taklimat disampaikan oleh Tuan Pengarah JMGKPP, Tuan Haji Zainol bin Haji Husin, BCK.

Tuan Haji Zainol turut memberi penerangan berkaitan sejarah, peranan dan skop-skop tugas jabatan kepada Yang Berhormat Badrol Hisham

Sesi perbincangan bersama para pegawai turut diadakan di akhir pertemuan.