Kakitangan JMGKPP lawat Institut Agroteknologi Lestari UNIMAP

ALOR SETAR, 30 April 2013 – Satu Program Lawatan Sambil Belajar ke Institut Agroteknologi Lestari, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) - Sungai Chuchuh, Padang Besar, Perlis telah diadakan dengan disertai seramai 16 orang peserta yang terdiri dari pegawai dan kakitangan JMGKPP. Program lawatan ini dikelolakan oleh Ketua Unit Pengurusan Maklumat JMGKPP dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Peserta disambut dan diraikan oleh Pengarah Institut, Prof. Madya Dr. Mahmad Nor Jaafar. Menurut beliau memaklumkan, institut ini yang dahulunya dikenali sebagai Stesyen Penyelidikan Agroteknologi berkeluasan 100 hektar dan telah dibangunkan dengan kemudahan asas penyelidikan.

Objektif penubuhan institut ini ialah untuk melihat bidang agroteknologi sebagai satu keperluan untuk memangkin pembangunan pertanian melalui penggunaan teknologi lestari dan dapat memberi perkhidmatan kepada industri pertanian tempatan. Program Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) bertujuan untuk masa depan dan meluaskan perspektif perladangan dengan menjana portfolio pengetahuan teknologi pertanian (K-pertanian).

4

Dalam rangka program ini, para peserta dibawa melawat ke tapak laman tumbuhan dan antara tanaman terpilih yang terdapat adalah tanaman sumber perubatan (pelbagai pokok herba), tanaman sayur-sayuran, tanaman buah-buahan terutamanya mangga Harummanis dan sebagainya. Mangga Harummanis ditanam menggunakan Sistem Kawalan Rumah Hijau, dimana teknologi terkini giat dilaksanakan adalah penggunaan biosensor dan kamera infrared untuk kawalan mutu mangga Harummanis dan pengeluaran herba-herba yang mempunyai nilai perubatan.

6

Di akhir lawatan, para peserta dapat menimba pengalaman baru dan pendedahan ilmu bidang pertanian berasaskan biosains dan biotekteklogi. Program ini juga melayakkan para peserta untuk mendapat 1 hari berkursus.

Disediakan oleh:

En. Khazari Ahmad