PERTANDINGAN BOLING PIALA PENGARAH JMGKPP EDISI 2021

PERTANDINGAN BOLING PIALA PENGARAH JMGKPP EDISI 2021

ALOR SETAR, 12 Disember 2021 - Bagi merancakkan semula hubungan silaturahim dan aktiviti sosial kakitangan, JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang (JMGKPP) melalui Kelab Kebajikan JMGKPP (K-GEO) telah menganjurkan Pertandingan Boling Piala Pengarah JMGKPP di Aman Central.

Pertandingan itu telah disertai 27 orang kakitangan yang dibahagikan kepada 9 kumpulan. Acara dimulakan dengan lontaran mula oleh Pengarah JMGKPP merangkap Pengerusi K-GEO, Tuan Abdullah Bin Sulaiman.