Kursus Persampelan Teras Sedimen Sungai di Kuala Muda

Kursus Persampelan Teras Sedimen Sungai di Kuala Muda

KUALA MUDA, 12 Oktober 2017 - Satu Kursus Persampelan Teras Sedimen Sungai telah diadakan di Kuala Sungai Muda dekat Tikam Batu.

Kursus ini diadakan untuk menunjukkan kaedah-kaedah penggunaan alatan persampelan yang baru diperolehi daripada pihak pembekal kepada kakitangan jabatan dan para pekerja sambilan yang akan menggunakannya untuk persampelan sepanjang hilir Sungai Muda.

IMAG1555

Persampelan teras sedimen sungai dibuat untuk menentukan tahap pelapisan lumpur, lempung dan pasir serta kehadiran cangkerang bagi menentukan tahap sedimentasi selain pengaruh air laut ke dalam aliran sungai.

IMAG1567