LAWATAN KERJA MENTERI KETSA DI YAN SEMPENA PROGRAM CBDRM

LAWATAN KERJA MENTERI KETSA DI YAN SEMPENA PROGRAM CBDRM

YAN, 26 Jun 2022 - JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang berbangga kerana sekali lagi menerima kehadiran Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli ke negeri jelapang padi, kali ini dalam program lawatan kerja di Yan bersempena Program Pengurusan Bencana Bersama Komuniti (CBDRM) Jerai Geopark.

Dalam sesi lawatan tersebut, beliau berpeluang mendengar sendiri pengalaman daripada penduduk kampung merasai detik-detik cemas tragedi bencana geologi aliran puing pads 18 Ogos 2021 yang lalu, dan manfaat yang telah mereka peroleh dalam program CBDRM siri 1 pada 11 Jun 2022 yang lalu.

Datuk Seri Takiyuddin juga dibawa melihat sistem amaran awal (EWS) yang telah dibangunkan melalui kerjasama pintar JMG-UTM dan juga agensi-agensi lain termasuklah APMM, NADMA, Pejabat Daerah Yan, Majlis Daerah Yan dan banyak lagi.

Turut sama dalam sesi lawatan tersebut ialah Ketua Pengarah JMG Malaysia, EXCO Kanan Kerajaan Negeri Kedah merangkap ADUN Guar Cempedak dan Ahli Parlimen Jerai.