MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-56 TAHUN 2013

ALOR SETAR 10 September 2013 – Majlis Perhimpunan Bulanan, Sambutan Aidilfitri 1434H dan sambutan sempena Hari Kemerdekaan Ke-56 telah diadakan di JMGKPP bertarikh 1 September 2013 bersamaan 25 Syawal 1434H yang lalu. Majlis sambutan ini bertemakan “Tiga Dalam Satu”  juga telah berlangsung di Bilik Delima dan di ruang legar pejabat JMGKPP.


Majlis ini turut diserikan dengan pemakaian oleh setiap pegawai dan kakitangan JMGKPP memakai baju melayu lengkap dan busana hari raya bagi menghidupkan suasana kemeriahan sambutan. Disamping itu, acara mengibar bendera Jalur Gemilang, acara cabutan bertuah dan teka jumlah biji kacang turut diadakan. Hadiah-hadiah menarik telah disediakan oleh pihak Kelab Kebajikan dan Kakitangan (KASKEK) pejabat.

Juadah-juadah menarik untuk santapan sambutan Aidilfitri telah disediakan seperti nasi arab, sate, ketupat, lontong, laksam, steam-boat, minuman air nira dan sebagainya turut dihidangkan bagi menjamu selera oleh semua kakitangan yang hadir.

Penganjur mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir bagi memeriahkan majlis ini dan juga kepada semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.