MAJLIS PERSARAAN ENCIK ABU BAKAR SIDDIK BIN ABIDAH

MAJLIS PERSARAAN ENCIK ABU BAKAR SIDDIK BIN ABIDAH

ALOR SETAR, KEDAH (03 MAC 2019) : Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang (JMGKPP) telah menganjurkan satu majlis makan tengah hari di Menara Alor Setar sempena meraikan majlis persaraan Tuan Haji Abu Bakar Siddik Bin Abidah.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada pengerusi majlis En. Khairil serta bacaan doa daripada En Izaini Razak. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengarah, Tuan Haji Azhari Bin Ahmad. Sebagai penghargaan, Tuan Haji Abu Bakar Siddik Bin Abidah juga diberikan peluang untuk berucap.

Dalam ucapan beliau, beliau menzahirkan rasa bersyukur kerana dapat berkhidmat serta menabur bakti untuk jabatan dan untuk masyarakat. Untuk pengetahuan, Tuan Haji Abu Bakar Siddik adalah Pembantu Geosains Kanan C26 dan berkhidmat dalam Unit Geosains (Hidrogeologi). terdapat banyak telaga tiub air bawah tanah yang telah digali dibawah seliaan beliau dan telaga tiub air bawah tanah yang terakhir beliau gali adalah di Pulau Songsong, Yan, Kedah bagi kegunaan pelawat di Pulau Songsong. 

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada setiap wakil unit yang terdiri daripada Unit Pentadbiran yang diwakili oleh Puan Sukriah Binti Seman, Unit Geosains diwakili oleh Encik Ahmad Zamani Bin Samat, Unit Lombong & Kuari diwakili oleh Encik Putra Ariff Fadzillah Bin Md Daud, Unit Sumber Mineral diwakili oleh Encik Hamdan Bin Ariffin dan Unit Pengurusan maklumat diwakili oleh Puan Susila Binti Md Saaid. 

Sebelum majlis berakhir satu sesi fotografi telah diambil bagi mengabadikan kenangan bersama dengan Tuan Haji Abu Bakar Siddik. Seluruh warga kerja JMGKPP akan mengenang segala sumbangan bakti, keprihatianan serta jasa baik Tuan Haji Abu Bakar Siddik selagi nyawa dikandung badan. Seluruh warga kerja JMGKPP juga ingin mengucapkan selamat bersara buat Tuan Haji Abu Bakar Siddik Bin Abidah dan mendoakan semoga beliau sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan usia yang berkat. 

Selamat bersara Tuan Haji Abu Bakar Siddik Bin Abidah. Salam sayang dari kami seluruh keluarga JMGKPP.

DSC 8373DSC 8373DSC 8373DSC 8373DSC 8373DSC 8373DSC 8373DSC 8373DSC 8373DSC 8373DSC 8373DSC 8373DSC 8373DSC 8373DSC 8373DSC 8373DSC 8373DSC 8373DSC 8373DSC 8373