PENGARAH JMGKPP BERI TAKLIMAT KEJADIAN BENCANA GEOLOGI KEPADA MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

PENGARAH JMGKPP BERI TAKLIMAT KEJADIAN BENCANA GEOLOGI KEPADA MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

YAN, 6 September 2021 (Isnin) - Pengarah JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang, En. Abdullah bin Hj. Sulaiman telah dijemput untuk memberikan taklimat mengenai kejadian bencana geologi tanah runtuh dan aliran puing Gunung Jerai kepada beberapa orang menteri dan timbalan menteri.

Antaranya ialah Dato' Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Timbalan Menteri  I, Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad.

Turut sama dalam sesi yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Yan di Titi Hayun itu ialah Ketua Setiausaha KPLB Dato' Dr. Ahmad Jailani Bin Muhammed Yunus.

Terdahulu, En. Abdullah berkesempatan memberikan taklimat kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Haji Abd. Muttalib yang mengadakan sesi lawatan ke kawasan bencana pada hari sebelumnya.

Pada Ahad lalu, En. Abdullah turut menyampaikan taklimat yang sama kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang bin Hashim.