Pengarah JMGKPP Kongsi Ilmu Berkaitan Formasi Semanggol

ALOR SETAR, 30 Mac 2014 - Warga JMGKPP hari ini berpeluang mendengar perkongsian ilmu daripada Tuan Pengarah JMGKPP, Tuan Haji Zainol bin Haji Husin BCK berkenaan geologi.

Sesi perkongian yang diadakan bersempena Kursus Pengukuhan Geosains bulanan inisiatif JMGKPP pada kali ini berkisarkan tentang Formasi Semanggol.

Tuan Haji Zainol membentangkan secara ringkas tetapi padat berkaitan terminologi Formasi Semanggol, usia, jenis sekitaran dan lokasi terdapatnya formasi batuan ini.

Sesi soal jawab turut diadakan secara ilmiah antara pegawai-pegawai teknikal khususnya berkaitan penemuan batuan rijang (chert) yang turut menyumbang kepada perubahan julat usia Formasi Semanggol.

Program ini akan diteruskan pada bulan hadapan dengan tajuk dan pembentang yang berbeza.