JMG PERLIS TERIMA KUNJUNGAN PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

JMG PERLIS TERIMA KUNJUNGAN PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

KANGAR, 10 September 2021 - Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Dato' Sr. Dr. Azhari bin Mohamed hari ini berbesar hati mengunjungi pejabat JMG Cawangan Perlis di sini dalam sesi lawatan beliau ke JUPEM Negeri Perlis.

Kehadiran beliau disambut oleh Tuan Pengarah JMGKPP, En. Abdullah Bin Hj. Sulaiman dan Ketua Cawangan JMG Perlis, En. Ahmad Zamani bin Samat.

Dalam sesi kunjungan itu, En. Abdullah menitipkan ucapan terima kasih kepada beliau atas keizinan menggunakan sebahagian ruang bangunan bilik JUPEM Perlis untuk dijadikan pejabat JMG Cawangan Perlis.