Perbincangan Awal Penubuhan Geopark Perlis

Perbincangan Awal Penubuhan Geopark Perlis

ALOR SETAR, 3 November 2017 - JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang begitu teruja menerima kehadiran delegasi daripada Pejabat Unit Perancangan Ekonomi (UPEN) Kerajaan Negeri Perlis, baru-baru ini.

Objektif utama pertermuan yang diadakan ialah untuk meneroka peluang-peluang untuk mewujudkan sebuah geopark di utara tanah air.

Delegasi UPEN Perlis diketuai oleh Puan Sanisah bt Sarnuji, Ketua Penolong Pengarah (MAKRO).

Setakat ini, negara kita mempunyai 1 geopark global iaitu Langkawi UNESCO Global Geopark dan 2 geopark kebangsaan iaitu Geopark Jerai dan Geopark Lembah Kinta.

Penerokaan penubuhan geopark-geopark baharu giat dirancang termasuklah Geopark Mersing, Geopark Tasik Kenyir, Geopark Gua Musang dan Geopark Kinabalu.

Perlis mempunyai banyak ciri-ciri lanskap dan geotapak yang bernilai antarabangsa seperti topografi kars Batu Kapur Setul dan Batu Kapur Chuping, geotapak fosil, geotapak kayu terkejur dan banyak lagi.