Program Jerai Geopark bersama komuniti Kampung Hilir

Program Jerai Geopark bersama komuniti Kampung Hilir

 

MERBOK, 2 Mac 2017 - JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang telah menganjurkan program Jerai Geopark Bersama Komuniti Kampung Hilir di sini.

Program setengah hari itu bertujuan memberi penerangan berkenaan cadangan penubuhan Jerai Geopark dan impak positif yang akan dialami oleh penduduk kampung tersebut.

Sesi taklimat disampaikan oleh En. Ishak Bin Ahmad, Pembantu Geosains JMGKPP.

kh

Selain penduduk kampung, turut hadir ialah Penghulu Mukim Merbok, Encik Mat Naim dan Pengerusi JKKK Kg. Hilir, JKK Tanjung Dawai dan JKK Batu Hampar.