Program Pengukuhan Geosains JMGKPP Siri 1 Berlangsung Dengan Jayanya

ALOR SETAR, 13 Februari 2014 - JMGKPP telah berjaya mengadakan Program Pengukuhan Geosains Siri Pertama untuk tahun ini.

Program ini merupakan inisiatif Tuan Pengarah, Tuan Haji Zainol bin Haji Husin BCK yang mengharapkan semua kakitangan jabatan khususnya yang terlibat dalam kerja-kerja teknikal memahami geologi di negeri Kedah.

Turut diharapkan oleh Tuan Haji Zainol ialah semua pembentangan teknikal dalam program ini dapat dikompilasi dan dimurnikan supaya dapat dijadikan rujukan khususnya di peringkat jabatan.

Program yang diadakan secara bulanan ini dimulakan dengan pembentangan teknikal berkaitan Formasi Machinchang yang disampaikan oleh Puan Nur Susila bt Md Saaid, Pegawai Geosains untuk Aktiviti Pemetaan Geologi.

Program kali ini diadakan di Bilik Mesyuarat Delima dan dihadiri oleh semua kakitangan teknikal yang ada.

Turut diselitkan dalam pembentangan kali ini ialah kisah rakyat berkaitan asal-usul nama Machinchang.

Sesi pembentangan akan datang dijangka akan disampaikan oleh En. Fathullah bin Abu Naim.