TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN DI TEMPAT KERJA

TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN DI TEMPAT KERJA

ALOR SETAR, KEDAH (11 MAC 2019) : Satu taklimat mengenai keselamatan kebakaran di tempat kerja telah di adakan pada 10 Mac 2019 di tingkat 1 Bilik Delima, JMGKPP.

Taklimat tersebut disampaikan oleh PPgB Mohd Razmi Bin Ab. Rashid dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM Kedah Zon 1). Antara isi taklimat yang disampaikan oleh beliau adalah berkenaan punca-punca kebakaran yang boleh berlaku di tempat kerja, jenis-jenis alat pemadam api serta "Standard Operating Procedure" (S.O.P) yang betul jika sekiranya berlakunya kebakaran.

Tidak cukup dengan sekadar mendengar taklimat, sesi diteruskan dengan latihan "fire drill". Latihan dimulakan apabila salah seorang pegawai bomba mengaktifkan "fire alarm" dan kemudian semua kakitangan kena berkumpul di tapak perhimpunan yang disediakan. Ianya bertujuan agar membiasakan kakitangan JMGKPP untuk bergerak pantas dan tidak panik jika sekiranya kebakaran berlaku. Sesi diteruskan dengan demonstrasi cara memadamkan api menggunakan pemadam api dengan cara yang betul. kakitangan JMGKPP juga diberi peluang untuk mencuba memadamkan api dengan teknik yang betul.

DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506DSC 8506