Taklimat Pencegahan Kebakaran Di JMGKPP

ALOR SETAR, 1 April 2014 - JMGKPP pada hari ini telah mengadakan satu Taklimat Pencegahan Kebakaran untuk semua kakitangan jabatan. Taklimat ini disampaikan oleh wakil dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Setar.

Taklimat ini berkisarkan tentang punca-punca kebakaran, kaedah mengatasi kebakaran, kaedah bertindak semasa berlaku kecemasan, tanggungjawab semua pihak ketika berlaku kebakaran dan sebagainya.

Turut diadakan ialah demonstrasi pemadaman kebakaran menggunakan pelbagai jenis alat pemadam api di medan meletak kereta jabatan. Para kakitangan mengambil peluang mencuba sendiri memadam kebakaran.