Berita Kematian Allahyarham Yusof bin Ismail

Sdr Yusof bin Ismail, Ketua Pegawai Kajibumi Cawangan Ekonomi Mineral, Ibu Pejabat JMG Kuala Lumpur telah kembali ke Rahmatullah pada Hari Sabtu 29 Disember 2012 bersamaan 15 Safar 1434 pada kira-kira jam 4.10 pagi. Jenazah telah dibawa pulang pada jam 7.00 pagi dan tiba di Kg. Dewan Beta, Salor, Kota Bharu, Kelantan kira-kira jam 4.00 petang. Arwah Yusof telah mengidap penyakit kanser kira-kira 2 bulan sebelum meninggal dunia.

JMG Kelantan bersama dua buah kenderaan berkesempatan mengiringi jenazah dari Gua Musang hingga ke Kota Bharu. Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan kira-kira jam 6.30 petang.

Sama-samalah kita berdoa agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh dan rohnya dicucuri rahmat. Seluruh warga JMG Kelantan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham serta mengharapkan agar keluarga beliau bersabar menempuh dugaan ini.