Penyertaan JMG Kelantan Dalam Pameran Sempena Majlis Pelancaran Dan Perasmian Pusat Ras 1Malaysia Sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM)

Pada 22 Oktober 2013 Pameran Sempena Majlis Pelancaran Dan Perasmian Pusat RAS 1 Malaysia Sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) Telah Diadakan Di Pusat Khidmat Masyarakat Parliman Jeli Kompleks Umno Bahagian Jeli, Jeli Kelantan.

Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Kelantan telah mengambil bahagian dalam Pameran tersebut dengan mempamerkan Peta Sumber Mineral, Poster Sistem Pengurusan Air Tanah, Sampel Emas, Batu Permata, bahan pameran di Papan Pameran pula terdiri daripada gambar kerja-kerja melombong, Penggerudian Tanah dan aktiviti jabatan.