Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Tuanku Tahun 2018

Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Tuanku Tahun 2018

Paroi, 24 Mac 2018 - Satu perlawanan akhir bola sepak Piala Tuanku Tahun 2018 telah diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, Negeri Sembilan. DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus hadir dalam perlawanan akhir bola sepak itu. Majlis itu juga dihadiri oleh Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM

 

Baca selanjutnya

Gotong Royong Mengindahkan Pejabat

Gotong Royong Mengindahkan Pejabat

Seremban, 2 Mac 2018 - Satu program Mini Gotong Royong telah diadakan di sekitar pejabat JMG Negeri Sembilan / Melaka bagi mengindahkan pejabat ini. Antara kawasan sasaran adalah di Perpustakaan dan Ruang Pejalan Kaki tingkat 1.

Ini adalah merupakan permulaan program gotong-royong sebelum program gotong royong perdana diadakan dan akan melibatkan seluruh ruang di pejabat ini.

Baca selanjutnya

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Serdang, 8 Mac 2018 - Satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah diadakan di MAEPS Serdang. Seramai 72 orang kakitangan JMG telah menerima Anugerah tersebut, manakala 3 orang daripada mereka adalah kakitangan JMG Negeri Sembilan / Melaka.

Tahniah dan syabas kepada penerima anugerah. Semoga terus cemerlang di dalam melaksanakan segala tugasan.

Baca selanjutnya