Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JMG NSM

6 Ogos 2015, Majlis sambutan hari raya aidilfitri Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Sembilan dan Melaka telah diadakan dengan suasana meriah dan bermaaf maafan.

Majlis tersebut dirasmikan oleh tuan pengarah JMG NSM iaitu En.Zulkipli Bin Che Kasim dan telah dihadiri oleh para tetamu dari JMG Ibu Pejabat dan JMG selangor , kakitangan yang telah berkhidmat di JMG NSM serta sekitarnya.

Tujuan sambutan raya aidilfitri diadakan untuk kita bermaaf maafan antara satu sama lain, mengeratkan lagi silatulrahim antara kakitangan dan sentiasa mewujudkan suasana bermaufakat sesama ummah. Warga JMG NSM mengucapkan selamat hari raya aidilfitri 1436H kepada semua warga JMG seluruh Malaysia dan terima kasih warga JMG NSM atas kerjasama yang diberikan dalam melaksanakan program ini.

Baca selanjutnya

Kursus Pagemaker JMG NSM

Pagemaker 2 06 15

02 Jun 2015 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Sembilan dna Melaka ( JMG NSM ) telah mengadakan satu hari kursus page maker untuk kakitangan jabatan.

Kursus telah disampaikan oleh Pengarah JMG NSM En. Zulkipli bin Che Kasim di Bilik Mesyuarat JMG NSM. Sambutan dan kerjasama amatlah mengalakkan dan dapat menambahkan pengetahuan dalam penghasilan laporan yang terbaik dan berkualiti tinggi.

 

PERTANDINGAN SUKAN TIGA PENJURU

04 April 2015, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan dan Melaka telah menyertai pertandingan sukan tiga penjuru bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Ibu Pejabat dan Jabatan Mineral dan Geosains Selangor .

Sukan tersebut berlangsung di Selangor dan sukan yang dipertandingkan adalah badminton, boling, dart, karom dan ping pong. Juara keseluruhan adalah seri bagi ketiga-tiga jabatan.

Baca selanjutnya