Pertandingan Dart Perseorangan Lelaki dan Wanita MAKSAK Negeri Sembilan 2015

7 & 8 Mac 2015  :   Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Sembilan dan Melaka ( JMG NSM)  dilantik menjadi Urusetia bagi pertandingan Dart perseorangan lelaki dan wanita bertempat di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad (RTM) yang berlangsung selama dua hari.

Pertandingan tersebut dirasmikan oleh Pengarah JMG NSM, Tuan Zulkipli Bin Che Kasim. Tujuan diadakan untuk memilih wakil Dart MAKSAK Negeri Sembilan yang akan diadakan di Kedah pada bulan Mei nanti. Tahniah diucapkan kepada anggota-anggota JMG NSM yang telah terpilih mewakili MAKSAK Negeri Sembilan iaitu En. Saiful Azwan Bin Kassim, En.Azmiran Bin  Amran, En. Zulkifly Bin Ahmad dan Pn. Nazalina Binti Khamis.

Baca selanjutnya

Bengkel Lanjutan GIS JMG NSM

17 - 18 Februari 2015  : Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Negeri Sembilan dan Melaka (JMG NSM) telah mengadakan bengkel lanjutan GIS di bilik mesyuarat JMG NSM selama dua hari.Pihak Jabatan telah menjemput Tuan Hj Mustafar Bin Hamzah ( Pengarah JMG sabah ) sebagai penceramah bengkel tersebut.

Kerjasama yang menggalakkan diberikan oleh warga JMG NSM.Bengkel tersebut berjalan dengan lancar dan mengikut waktu yang ditetapkan.

Pihak jabatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat terutamanya kepada penceramah Tuan Hj Mustafar Hamzah kerana berkongsi ilmu dan memberi kepakaran dalam pembuatan peta.Disini juga tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada pengarah JMG NSM En. Zulkipli Bin Che Kasim kerana meluangkan masa mengikut bengkel tersebut.

Baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KELUARGA JMG NSM 2015

24 - 25 Januari 2015 : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Sembilan dan Melaka telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga peringkat Jabatan bertempat di Akar Beach Resort Port Dickson.

Sambutan ini disambut setiap dua tahun sekali dan diberi kerjasama oleh semua ahli jawatankuasa dan kakitangan jabatan.Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara ahli keluarga dengan kakitangan yang lain serta mewujudkan kesefahaman, kerohanian dan sifat kesukanan antara kakitangan. 

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah sukaneka, pertandingan karaoke, cabutan bertuah, dan 'selfie booth'. Berikut antara gambar-gambar aktiviti yang telah dapat dikongsikan bersama.

Baca selanjutnya

Pengurusan Tertinggi JMG NSM

Gambar barisan pengurusan tertinggi tahun 2015 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Sembilan dan Melaka yang terdiri daripada Pengarah JMG NSM En. Zulkipli Che Kasim, Timbalan Pengarah Sumber Mineral Pn. Haniza Zakri, Timbalan Pengarah Geosains Pn. Dorshiah Mohd Jais, Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari En. Ir.Muhamad Suhaimi Nordin, Ketua Unit Pengurusan Maklumat Pn. Norhayati Mohd Rawi dan Ketua Unit Pentadbiran Pn. Haslinda Abdul Wahid.  

PT