IPOH, PERAK (29-30 Oktober 2019) - Simposium Mineral (SIMPOMIN 2019) telah berlangsung di Casuarina @ Meru, Ipoh, Perak pada 29 - 30 Oktober 2019. Program yang bertemakan 'Toward Mineral Innovation and Commercialisation' antara lain bertujuan untuk menggalakkan dan mempelbagaikan penggunaan sumber mineral tempatan serta mempelbagaikan pembangunan sumber mineral secara mapan melalui penyelidikan dan pembangunan.
Roadshow Central Forest Spine (CFS) Negeri Sembilan
ULU BENDUL, KUALA PILAH (21 Oktober 2019) - Satu Majlis 'Roadshow Central Forest Spine (CFS) Negeri Sembilan' telah berlangsung di Taman Eko-Rimba Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 21 Oktober 2019. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2019 Peringkat Negeri Melaka
ALOR GAJAH, MELAKA (19 Oktober 2019) - Satu Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2019 Peringkat Negeri Melaka telah berlangsung di Dataran Tanjung Bidara, Alor Gajah, Melaka. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Exco Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Tey Kok Kiew yang mewakili Ketua Menteri Melaka. Pengarah JMG NSM, En Joanes Muda turut hadir dalam majlis tersebut.
Persidangan dan Pameran IQM CONEX 2019
PUTRAJAYA, 15 & 16 Oktober 2019 - Satu persidangan dan pameran bertajuk IQM CONEX 2019 telah berlangsung di Palm Garden Hotel, Putrajaya. Persidangan ini yang bertemakan "Innovative Quarrying Technology Industry 4.0" antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan serta kemajuan dalam industri pengkuarian berkaitan teknology Industry 4.0.
Istiadat Penganugerahan Darjah Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka
AYER KEROH, MELAKA (12-13 Oktober) - Satu istiadat Penganugerahan Darjah Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi ke-81 TYT Yang Di-Pertua Negeri Mekala telah diadakan pada 12-13 Oktober 2019 bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Istiadat dimulakan dengan Istiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Utama bertempat di Dataran Seri Negeri, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh. En Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut menghadiri istiadat tersebut.