Istiadat Penganugerahan Darjah Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka

Istiadat Penganugerahan Darjah Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka

AYER KEROH, MELAKA (12-13 Oktober) - Satu istiadat Penganugerahan Darjah Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi ke-81 TYT Yang Di-Pertua Negeri Mekala telah diadakan pada 12-13 Oktober 2019 bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Istiadat dimulakan dengan Istiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Utama bertempat di Dataran Seri Negeri, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh. En Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut menghadiri istiadat tersebut.

 

Sesi Regangan 15 Minit

Sesi Regangan 15 Minit

Seremban, 9 Oktober 2019 - Sesi Regangan 15 minit bagi warga JMG NSM telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi pada jam 9.00 pg. Seramai 14 orang kakitangan JMG NSM dari pelbagai unit telah menyertai Sesi ini. Sesi yang pada masa biasanya diadakan di perkarangan pejabat telah diubah ke Kompleks Belia dan Sukan Paroi bagi menyempurnakan sesi 1111 langkah ini. Kesemua peserta telah melengkapkan 2 pusingan padang secara berlari dan berjalan kaki.

Baca selanjutnya

Majlis Perasmian Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sembilan 2019

Majlis Perasmian Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sembilan 2019

KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN (28 SEPTEMBER 2019). Satu Majlis Perasmian Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sembilan 2019 telah berlangsung di Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 28 September 2019. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Majlis itu dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Ketua-Ketua Jabatan dan tetamu-tetamu jemputan. En. Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut menghadiri majlis tersebut.

Baca selanjutnya