KSKBPT Mendaki Gunung Kledang

dakigunungkledang4IPOH, 12 April 2015:  Sebagai pembuka tirai aktiviti Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal bagi tahun 2015, kelab ini telah menganjurkan program mendaki Gunung Kledang Ipoh. Program ini adalah sebagai permulaan kepada Program Mendaki Gunung Kinabalu pada tahun 2017 nanti.

Seramai 12 ahli kelab termasuk beberapa kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia berkerjasama menjayakan aktiviti ini. Program ini diketuai oleh Presiden KSKBPT, En. Abdullah Sulaiman serta beberapa AJK kelab. Program bermula jam 7:00 pagi di kaki Gunung Kledang dan sampai ke puncak pada tengahari.

 dakigunungkledang