Mesyuarat Penyelarasan Sukan NRE 2015

IPOH, 1 Jun 2015:   Pada hari ini telah diadaan Mesyuarat Penyelarasan bagi membincangkan mengenai pelaksanaan Sukan NRE 2015 di peringkat jabatan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn. Hj. Mior Sallehhuddin Mior Jadid, bertempat di Bilik Mesyuarat Topaz, Bahagian Perkhidmatan Teknikal.

mesysukannre2015

Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa sukan NRE akan diadakan pada 4 hingga 6 September 2015, manakala sesi latihan bersama akan diadakan pada 2 dan 3 September 2015.

Sukan NRE kali akan diadakan di INSTUN dan UPSI dengan dianjurkan oleh INSTUN, NAHRIM dan JKPTG.

Sebanyak 23 acara dipertandingkan, manakala JMG hanya akan menyertai 13 acara sahaja iaitu: Golf, dart, snooker, sepak takraw, Mountain Bike (MTB), futsal, congkak, catur, bowling, bola sepak, karom dan dam aji.

Tn. Hj. Shahar Efendi telah dilantik sebagai Ketua Kontingen manakala En. Sidi Daud sebagai Penolong Ketua Kontingen.

Sesi pemilihan pemain akan diadakan pada 8 dan 9 Ogos 2015, bertempat di Ipoh, Perak.