pameran sempena program perhutanan sosial bersama komuniti setempat

pameran sempena program perhutanan sosial bersama komuniti setempat

Kenaboi, Jelebu, 30 April 2018 - Satu Program Perhutanan Sosial Bersama Komuniti Setempat telah diadakan di Taman Negeri Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai Taman Negeri Kenaboi serta menjalinkan kerjasama bersama komuniti setempat. Kerjasama ini melibatkan pelbagai aktiviti antaranya adalah aktiviti ekopelancongan yang dijangka akan dapat memberi faedah kepada komuniti setempat. 

Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan & Melaka turut telah dijemput untuk menjayakan program ini. Satu booth pameran telah disediakan dan pelbagai maklumat tentang kajian yang telah dijalankan oleh JMG NSM disekitar Taman Negeri Kenaboi telah dikongsi dan disampaikan kepada tetamu kehormat dan orang awam yang hadir di dalam majlis ini. 

0ec3276a-18c2-4a34-bc6e-413ef876e787

7bab2264-6c3b-4bf0-bb38-2086ad512b48

e48ba699-481c-46dd-b434-fa3c9dd66e6e