Program Sambutan Ambang Ramadhan

Program Sambutan Ambang Ramadhan

Seremban, 16 Mei 2018 - Program Sambutan Ambang Ramadhan telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat JMG NSM. Program ini diadakan bersempena menyambut Bulan Ramadhan yang akan bermula esok.  Bacaan Yasin telah diadakan dan telah diketuai oleh Imam Masjid Sikamat iaitu Ustaz Muhamad Umar Sohaib. Seterusnya beliau telah menyampaikan tazkirah ringan mengenai Ramadhan, di mana antara intipati nya adalah, beliau mengingatkan semua agar bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi bulan yang ditunggu - tunggu ini. Amalan juga hendaklah dilipat gandakan. Semoga peringatan ini akan menjadi ikutan semua.

Selamat menyambut  Ramadhan...