Majlis Penyampaian Watikah Jemputan Sukan Malaysia Ke-XIX Perak 2018

Majlis Penyampaian Watikah Jemputan Sukan Malaysia Ke-XIX Perak 2018

Seremban, 19 Julai 2018 - Satu Majlis Penyampaian Watikah Jemputan Sempena Sukan Malaysia Ke-XIX Perak 2018 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kenanga, Wisma Negeri, Negeri Sembilan. 

Majlis ini telah dihadiri oleh YAB Tuan Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, YB Dr. Razali bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Tuan Haji Mohamad Taufek Bin Abd Ghani, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap Ketua Kontinjen SUKMA Negeri Sembilan, YB Tuan Howard Lee Chuan How, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Perak dan YBhg. Encik Loo Kum Zee, Ketua Kontinjen SUKMA Negeri Perak 2018. 

JMG Negeri Perak merupakan bapa angkat bagi Kontinjen SUKMA Negeri Sembilan. Dato’ Ir Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil, Pengarah JMG Perak, Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM dan En. Basharuddin Ismail, Timbalan Pengarah (M) JMG Perak turut hadir dalam majlis itu.

3