PERBINCANGAN POTENSI TAPAK BEKAS LOMBONG TEMBAGA MAMUT, RANAU BAGI TUJUAN PERLANCONGAN

PERBINCANGAN POTENSI TAPAK BEKAS LOMBONG TEMBAGA MAMUT, RANAU BAGI TUJUAN PERLANCONGAN

KOTA KINABALU, 02 OGOS 2018 – Dari kiri YBrs. Tuan Pengarah JMG Sabah Encik Mohd. Yusop bin Ramli, Pengurus Produk Kanan, Encik Julinus Jimit dan pembantu beliau Encik Dexter Randy wakil dari Lembaga Pelancongan Sabah (Bahagian Produk Pelancongan). Ketua Aktiviti Geowarisan, Encik Farid Zainudin dan Pegawai Geosains UPLK, Encik Aidil Arnolous Rema.

Semalam satu pertemuan empat mata telah dibuat oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah diantara Lembaga Pelancongan Sabah sebuah agensi dibawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KEPKAS), Negeri Sabah.

Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan mengenai potensi Tapak Bekas Lombong Tembaga Mamut, Ranau, bagi tujuan pelancongan. Encik Julinus ada menyebut suatu cadangan untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai suatu produk Ecopelancongan yang menawarkan aktiviti seperti jungle trekking, hiking dan sebagainya. Beliau amat memerlukan info berkaitan sejarah serta maklumat geologi berkaitan kawasan bekas lombong. Yang Berusaha Tuan Pengarah JMG Sabah menjelaskan kepada bahawa sememangnya kawasan bekas lombong ini telah dimasukkan di dalam senarai yang dicadangkan sebagai produk geowarisan. Pihak lembaga amat berbesar hati untuk berkerjasama dengan pihak jabatan untuk mempromosikan produk geowarisan bukan sahaja di kawasan bekas lombong malahan diseluruh Sabah sekiranya ada potensi. Ini adalah kerana produk sebegini bukan sahaja dapat menjana pendapat ekonomi bagi negeri Sabah, malahan juga masyarakat yang berada di sekeliling kawasan yang akan dibangunkan sebagai tapak geotourism.

YBrs Pengarah ada menyebut beberapa daerah yang mempunyai potensi geotourism dan pihak lembaga amat berminat untuk mengenalpasti kawasan – kawasan yang dapat dijadikan sebagi produk geotourism untuk membangunkan sektor pelancongan di Negeri Sabah.

Sebelum perbincangan berakhir, pihak lembaga mengucapkan jutaan terima kasih diatas input – input yang telah dikongsikan bersama, dimana selama ini hanya produk pelancongan yang banyak dipromosikan hanya bagi produk alam sekitar, flora dan fauna. Beliau menunjukkan minat untuk mempromosikan pula produk geotourism. pihak lembaga turut menyuarakan hasrat untuk menjemput pihak jabatan yang terlibat dengan geowarisan untuk menghadiri perbincangan dan mesyuarat di peringkat kementerian kelak.

Diakhir perbincangan tersebut YBrs. Tuan Pengarah JMG Sabah mencadangkan agar pertemuan sebegini dapat diadakan lagi di masa akan datang, ia dapat menjadi sebagai satu batu loncatan untuk jabatan kita untuk menghampiri kementerian – kementerian di peringkat negeri Sabah, ini akan dapat memudahkan jabatan kita untuk merealisasikan apa jua perancangan di masa hadapan. Ia juga akan dapat menguntungkan kedua – dua pihak dari segi perkongsian data serta ilmu.

Sumber Maklumat, Foto dan Penulisan : En. Arthur Leo