Kejohanan Boling Jalinan Mesra Ketua-Ketua Jabatan Negeri Sembilan 2018

Kejohanan Boling Jalinan Mesra Ketua-Ketua Jabatan Negeri Sembilan 2018

Seremban, 5 September 2018 - satu Kejohanan Boling Jalinan Mesra Ketua-Ketua Jabatan Negeri Sembilan 2018 telah diadakan di Ampang Bowl, Seremban Prima, Negeri Sembilan. Lebih daripada 40 orang Ketua-Ketua Jabatan telah menyertai kejohanan itu. Kehadiran YAB Tuan Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan YB Dr. Razali bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan telah memeriahkan lagi kejohanan itu. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut hadir menyertai kejohanan tersebut.