Inspirasi 1.0 : Ulangkaji @ JMGNSM

Inspirasi 1.0 : Ulangkaji @ JMGNSM

Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan/Melaka ( JMGNSM ) - Pada 14 dan 15 Ogos 2019, bersamaan hari Rabu dan Khamis, telah diadakan program 'Inspirasi 1.0 : Ulangkaji @ JMGNSM'. Program ini telah disertai oleh anak-anak staf JMGNSM yang berumur 18 tahun ke bawah.

 

Program ini bertujuan untuk membantu anak-anak staf yang akan menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM untuk membuat persediaan melalui ulangkaji bersama fasilitator dalam kalangan pelajar latihan praktikal sesi 2019. Untuk anak-anak yang berumur 11 tahun ke bawah, telah disediakan aktiviti yang menarik seperti :

i) Pertandingan mewarna

ii) Musical chair

iii) Water challenge

iv) Thank you card

v) Origami

Akhir sekali, program ini diharapkan akan berterusan kerana faedahnya yang berkesan ke atas anak-anak staf dan juga ke atas staf JMGNSM sendiri. Melalui program ini, para staf boleh mengerat silaturrahim sesama mereka dan memudahkan pekerjaan mereka akan datang.