Perhimpunan Bulanan Sesi Ogos 2019

Perhimpunan Bulanan Sesi Ogos 2019

    Perhimpunan Bulanan Sesi Ogos telah diadakan pada 29 Ogos 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Jurassic. Semasa Perhimpunan Bulanan ini terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan.

  Antaranya ialah taklimat oleh Pegawai Hidrogeologi, En. Muhammad NurSafwan bin Mustapa yang bertajuk Pembentangan Projek Hidrogeologi JMG NSM 2019. Selepas sesi taklimat, sesi kuiz diadakan dan beberapa orang staf telah berjaya menjawab kuiz tersebut. Kemudian Perhimpunan Bulanan diteruskan lagi dengan Kuiz Kemerdekaan menggunakan aplikasi Kahoot. Beberapa soalan telah ditujukan kepada peserta Kuiz Kemerdekaan ini. Penyampaian hadiah kepada pemenang Kuiz Kemerdekaan diadakan selepas Kuiz Kemerdekaan tamat. Hadiah diberikan kepada pemenang yang mendapat tempat 1 hingga 20.

    Selain itu, penyampaian sijil Inspirasi 1.0 telah diberikan kepada semua fasilitator yang terlibat untuk menjayakan program itu. Disamping itu, trofi pertandingan bowling anjuran Puspanita dan sijil penghargaan kepada PSH juga telah diberikan.