Kunjungan Hormat Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin ke JMG NSM

Kunjungan Hormat Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin ke JMG NSM

SEREMBAN, 3 DISEMBER 2019 - Lawatan kunjungan hormat dari Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) yang diketuai oleh En Farhan bin Abdul Rahim (Setiusaha MPJ) bersama Tn Hj Zainuddin Samad (Pengarah Jabatan Kejuruteraan) telah diadakan pada pagi ini di pejabat Pengarah JMG NSM. 

Kunjungan hormat ini adalah bagi mendapatkan khidmat nasihat serta maklumat lanjut tentang projek pembinaan telaga tiub  yang dicadang untuk dibina di Daerah Jasin, Melaka. Seramai 3 orang pegawai JMGNSM telah turut serta di dalam perbincangan ini, iaitu Puan Siti Faridah binti Yusup (Timbalan Pengarah Unit Geosains), Puan Siti Fariza binti Abdul Hamid (Penolong Pengarah Kanan, Aktiviti Alam Sekitar) dan En Muhammad Nursafwan bin Mustafa (Penolong Pengarah Kanan, Aktiviti Hidrogeologi). 

b44a00b0 45e8 46c6 99fd a0bd22f1346f

Gambar kenang-kenangan Pengarah dan kakitangan JMG NSM bersama Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin.