TAHNIAH PENERIMA APC JMG SABAH BAGI TAHUN 2020

TAHNIAH PENERIMA APC JMG SABAH BAGI TAHUN 2020

KOTA KINABALU, SABAH (23 MAC 2021): SELASA, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah mengucapkan Tahniah buat lapan (8) orang pegawai JMG Sabah yang telah dipilih dan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2020.

Mereka adalah dari atas kiri Pn. Lim Li Chien (Unit Sumber Mineral Aktiviti Mineral Perindustrian), En. Ramle bin Kalaham (Unit Geosains Aktiviti Geologi Kejuruteraan) dan Pn. Junidah binti Manggam (Unit Perkhidmatan Makmal). Dari tengah kiri En. Bailon Golutin (Ketua Aktiviti Geologi Kejuruteraan) dan En. Cleafos Totu (Ketua Aktiviti Mineral Logam). Manakala dari bawah kiri En. Mohd. Yusuf bin Asby (Unit Lombong dan Kuari), En. Harry Jenyrius Majin (Unit Geosains Aktiviti Geologi Kejuruteraan) dan En. Ezzrold Arnold Gopining (Unit Sumber Mineral Aktiviti Mineral Logam).

Setinggi-tinggi Tahniah buat mereka semua, semoga mereka semua terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk JMG Sabah khususnya dan Perkhidmatan Awam Malaysia amnya.

Sumber Foto : Pn. Besty Jenna Adim dan Pn. Shuryanteh binti Mohd. Yassin

Sumber Maklumat dan Sumber Penulisan : Penulis