KURSUS PEMBANGUNAN KUMPULAN (TEAM BUILDING) BAGI KAKITANGAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA

KURSUS PEMBANGUNAN KUMPULAN (TEAM BUILDING) BAGI KAKITANGAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN, 21 Oktober 2021 - Kursus Pembangunan Kumpulan (Team Building) bagi Kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Negeri Sembilan Dan Melaka telah diadakan pada 21 dan 22 November 2021 yang lalu di Hotel Seri Malaysia, Melaka. Pelbagai aktiviti telah dilakukan dan telah disertai oleh semua warga JMG NSM. Kursus Pembangunan Kumpulan (Team Building ini telah mencabar minda dan melihat cara berfikir dan menguji kesepakatan di dalam setiap kumpulan. Bagi menjayakan aktiviti ini, kesemua kakitangan telah dibahagikan kepada empat kumpulan bagi aktiviti pada hari pertama, manakala lapan kumpulan bagi menjayakan aktiviti pada hari kedua.

 

 

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang Kursus Pembangunan Kumpulan (Team Building) ini adalah Mencipta logo Melaka State Geopark, Makan Malam dan mini games, Senamrobik dan Treasure Hunt.Bagi aktiviti Treasure Hunt, ianya telah diadakan di sekitar jalan MITC Melaka.

Kursus Pembangunan Kumpulan (Team Building) ini telah dipengerusikan oleh Pn. Masrita Mohd Aras dengan dibantu oleh 15 orang AJK termasuk pelajar latihan industri. Secara keseluruhannya kursus ini telah berjaya menyatukan kakitangan di JMG NSM disamping mengasah minda masing-masing bagi memastikan setiap kumpulan berjaya melengkapkan tugasan yang telah diberikan.