Lawatan Wakil Ranhill ke Bahagian Perkhidmatan Teknikal

Lawatan Wakil Ranhill ke Bahagian Perkhidmatan Teknikal

Ipoh, 23 Mac 2022 - Pada hari ini Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah menerima kunjungan lawatan wakil Ranhill, En. Wahab dan En. Hamka ke BPT. Lawatan bertujuan untuk mendapatkan pandangan, maklumat serta melihat kemudahan yang ada di BPT berkaitan dengan MOU antara JMG dan Ranhill.

Taklimat telah dipengerusikan oleh Encik Ahmad Zulkifli, Pengarah Perkhidmatan Geosains serta dihadiri oleh beberapa pegawai kanan BPT, En. Mohd Fauzi Muhammad Said, En. Rais Ramli, En. Mohd Zahar Ibrahim dan En. Falah Zahri.