
Iskandar Puteri, 26 Mac 2025 - Pasukan Taskforce Bencana Geologi JMG Johor yang diketuai oleh Encik Muhammad Syahmi bin Mohamad telah menjalankan pemeriksaan di tapak tanah runtuh di Setia Eco Village, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor yang berlaku pada 20 Mac 2025 akibat hujan lebat yang berterusan yang melanda negeri Johor baru-baru ini. Pemeriksaan tertumpu kepada mengenalpasti punca dan sebabnya berlaku bencana tanah runtuh dikawasan tersebut dengan lebih terperinci.
Pihak JMG akan membuat laporan menjurus kepada langkah-langkah mitigasi yang bersesuaian kepada pihak Majlis Iskandar Puteri dan pemaju berkenaan langkah-langkah mitigasi yang akan dijalankan dengan kadar segera bagi mengelakkan lagi perkara yang tidak diingini berlaku lagi dan penambahbaikan struktur cerun di kawasan tersebut. JMG akan sentiasa komited dalam memberikan khidmat nasihat teknikal dan kepakaran di dalam hal yang melibatkan bencana geologi.
Sumbangan artikel : Asrul Sani bin Abdullah