Audit SAMM MS ISO/IEC 17025:2017

Audit SAMM MS ISO/IEC 17025:2017

IPOH, 11 April 2023: Hari ini sedang berlangsung Audit SAMM MS ISO/IEC 17025: 2017 yang dijalankan oleh Jabatan Standard Malaysia. Audit ini dijalankan selama dua hari dari 11-12 April 2023 bertempat di Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh. Sebanyak 42 skop analisis akan diaudit termasuk yang terbaru iaitu analisis Thorium dan Uranium di dalam sampel geologi. Semoga audit ini berjalan dengan lancar dan semoga berjaya.