Karom Terbuka MAKSAK Perak

Karom Terbuka MAKSAK Perak

Pada tanggal 28 Mac 2015, satu pertandingan karom terbuka anjuran MAKSAK Perak telah diadakan di Stadium Perak. Pertandingan berlangsung di dalam bilk media di bangunan utama stadium tersebut. Matlamat utama pertandingan tersebut adalah mendapatkan lapisan pelapis untuk mewakili pasukan karom Perak ke Pertandingan Karom MAKSAK 2015 yang bakal berlangsung di Sabah.

Dengan inisetif dari ahli Kelab Sukan dan Kebajikan BPT, KSKBPT telah menghantar empat pasangan regu bagi mewakili JMG BPT ke pertandingan tersebut. Atas semangat kesukanan yang tinggi, pihak KSKBPT telah bersetuju memberi sumbangan yuran peryertaan terhadap pertandingan ini. Berkat dari usaha murni ini, satu regu telah berjaya melayakan diri ke peringkat suku akhir dan tewas kepada pasangan dari MBI.

 2

3

4