KUNJUNGAN HORMAT DENGAN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN SABAH BERKAITAN KEBENARAN PEMASANGAN STESEN PENANDA ARAS GEMPA BUMI PAG AKTIF DI KAWASAN SEKOLAH DI DAERAH RANAU DAN LAHAD DATU

KUNJUNGAN HORMAT DENGAN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN SABAH BERKAITAN KEBENARAN PEMASANGAN STESEN PENANDA ARAS GEMPA BUMI PAG AKTIF DI KAWASAN SEKOLAH DI DAERAH RANAU DAN LAHAD DATU

KOTA KINABALU, SABAH (30 JANUARI 2019) : RABU, Jabatan Mineral dan Geosains Sabah telah membuat kunjungan hormat dengan Pn. Mistrine binti Radin, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah berkaitan kebenaran pemasangan stesen penanda aras gempa bumi PAG aktif di kawasan sekolah di Ranau dan Lahad Datu pada pagi ini di Pejabat Pengarah, Jabatan Pendidikan Sabah, jam 10.00 pagi ini.

Dua orang pegawai JMG Sabah telah hadir dalam kunjungan hormat ini. Mereka adalah Dr. Frederick F. Tating (Ketua Penolong Pengarah Kanan) dan En. Bailon Golutin (Penolong Pengarah Kanan).

Sumber Maklumat dan Foto : En. Bailon Golutin