Lawatan Kuari

Lawatan Kuari

Seremban , 23hb Januari 2018 :  Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM telah membuat lawatan kerja ke tiga buah tapak kuari, iaitu Eng Lian Quarry S/B dan Spring Energy S/B yang berada dalam Daerah Seremban dan Tanah Merah Quarry S/B yang berada dalam Daerah Port Dickson. Tujuan lawatan ini adalah untuk berbincang dengan pengusaha-pengusaha kuari berkaitan dengan status pematuhan terhadap peraturan-peraturan kuari serta peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan. Disamping itu, masalah-masalah yang dihadapi oleh pegusaha-pengusaha kuari juga dibincangkan. Turut serta dalam lawatan ini adalah Ketua Unit Lombong dan Kuari, Encik Hairul bin Mohamed Shaharudin dan Encik Mohd Azmiran bin Amran, Penolong Pegawai Geosains. 

jan2018